Hai.. bersama saya lagi hari, Manager Creeper Creative iaitu salah satu syarikat terbesar pengeluaran baju korporat seantero Malaysia.. Haaa, boleh tak macam tu...?
Sesiapa yang meneliti blog saya semalam, saya ada menjelaskan tentang material baju korporat. Dan hari ini saya akan memberi sedikit info kedapa anda tentang material baju t-shirt pula.
Ramai yang tahu, baju T-shirt ini baju yang biasa kita pakai di rumah dan tidak nampak formal pun, tapi dengan hadirnya baju t-shirt, anda semua cepat bersiap untuk ke mana-mana sahaja. Betul tak?
Bukan hanya itu, sekarang pun sudah banyak kedai-kedai yang menjual baju t-shirt dengan pelbagai design-design yang menarik.
Oleh sebab itu, kita juga perlu memilih kain dan material yang sesuai untuk di pakai mengikut kesesuaian tempat yang nak di tuju.
Ok, di sini ada 5 jenis kain yang sangat popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian termasuklah Creeper Creative sendiri.
1) Tetra Cotton (TC 26) - Kain tetra cotton ni selalunya untuk yang nak t-shirt dalam lingungan bajet rendah. Jenis kain ini sangatlah meluas digunakan untuk baju muslimah, t-shirt tadika, and t-shirt sekolah. Kain jeins ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh tetapi ia adalah material yang tahan lama sebab susah nak kembang.
0 Comments